Monday, August 18, 2014

Tanda-tanda Mengandung....:)

as salam pada semua...pada wanita2 yang telah berkahwin, seharusnya mengandung itu adalah satu anugerah dan pengalaman yang x dapat dilupakan kerana kita diberi peluang untuk meramaikan umat2 Nabi Muhammad s.a.w dan juga pewaris yang akan mendoakan kita bila kita mati kelak..bagi wanita yg telah berkahwin tetapi tidak mahukan anak sesungguhnya anda di dalam kerugian..bagi yang inginkan anak tetapi masih belum ada rezeki, in syaa Allah, Allah akan berikan rezeki yang lain pada anda..kadang2 mungkin kita tiada rezeki sendiri tetapi rezeki kita itu terletak pada org lain..contohnya memelihara anak angkat mungkin???

saya mempunyai seorang anak perempuan yang sekarang ini telah berumur 3 tahun 7 bln. sebelum saya tahu saya mengandung sebenarnya saya tidak mempunyai tanda2 yg begitu ketara sehingga membuatkan saya syak diri saya mengandung..almost 4 years back, saya pernah nak pergi derma darah sbb saya nie memang suka derma darah..pantang ada event derma darah sayalah org pertama yang akan pergi..sehinggalah satu hari bila saya nak derma darah saya tidak dibenarkan..kan sebelum kita derma darah, diaorg akan check jenis darah dan juga samada kita layak atau tidak derma darah...tetiba bagaikan disambar halilintar, diaorg kata saya tak layak sebab kekurangan zat besi..darah saya timbul..terpinga2 sekejap masa tue sbb dengan badan saya yg jenis berisi nie mcm sedikit mustahil untuk saya tidak layak derma darah..tapi saya masih tidak syak yg diri saya mengandung..

kemudian, masa saya sepatutnya due period, saya rasa mcm sakit senggugut di bawah perut tapi x period2 jugak..masa tue saya dah rasa pelik..pehal pulak lar nie kan?? 2 hari jugak menunggu tapi still x period2...last2 saya nekad, apa nak jadi jadilah, mesti nak kena test pregnancy sbb nya saya dan husband mmg ada rancang untuk dapatkan anak..saya pernah pergi mengurut, lepas 2 tahun berlahwin masih x dikurniakan anak..masa pergi mengurut, akak yg urut tue kata, salur tersumbat..so, dengan menahan sakit, akak tue urut jugak lah ako nie haaaaa....bulan pertama selepas urut x lekat sbb ako terlalu aktif masa pergi company trip ke Bandung..jadi balik dari Bandung, terus pergi urut lagi..jadi bulan kedua tue mmg menunggu lah...

so, nak dijadikan cerita, masa 2 ari lambat period tue, ako pon nekad gielah beli pregnancy test..org kata kalo nk betul2 pasti buat waktu pagi, masa kencing pertama..masa tue hormon HCG tengah tinggi kata nya...tapi ako nie jenis x sabor, malam tue jugak ako test...bila test tue, berdebar2 jugak jantung nie...after test, hurmmmmmmm....satu line confirm nampak, tapi lagi satu tue cam pudar2 jew...mcm antara nampak x nampak...ako yg tgk nie mcm, alamak xde rezki lagi kot..xpelah..so ako pon tunjuk kat hubby..yg hubby plak terjerit2 marah kat ako..katanya ada second line tue..ako ckp xde, dia ckp ada..bergaduhlah pasal benda tue jew..last2 hubby kata kalo mcm tue esok g klinik..

kitaorg pon gielah klinik keesokkan harinya..kat klinik pon saya buat test upt jugak..pon sama jugak, pudar2..so, doc bagi suggestion, kena tunggu lg 2 minggu and then buat test lagi skali..so, dengan penuh kesabaran, ako pon tunggu lar lg 2 minggu...pastue terus g klinik pakar...terus doc tue scan..x nampak apa sgt, cuma nampak kantung jew..nie gambar nyew..




masa tue Allah jew yg tahu betapa seronoknya ako n hubby...terus lepas tue ako x dibenarkan buat apa2 keje rumah langsung...itulah keseronokkan masa mengandung...tapi kat bawah nie ako listkan senarai tanda2 mengandung yg umumnya tahu ako x rasa or alaminya sgt..hehehehhee...semua list tuediambil dari forum.


Haid sahih lewat sebab saya ni haid tetap - sue
Badan asyik berangin sahaja - ibualya
Selalu rasa seram sejuk, tidak boleh langsung kena air sejuk - hani
Demam-demam, batuk-batuk dan selsema. Badan memang penat dan lemah sahaja. - ayu
Demam tiba-tiba dan puting rasa pedih bila anak menyusu. Kuantiti susu perahan juga berkurangan - niza
Lidah rasa pahit dan tidak ada selera makan. - najihah
Kerap buang air - halida
Rasa pemalas sangat-sangat. - fiza
Sakit pinggang yang amat. Serba tidak kena. Apabila sepatutnya datang haid, sakit perut sangat, kejang. - cikzura
Saya tidak boleh makan nasi. Jika makan, saya akan muntah - hema
Saya dan suami demam serentak. Tekak rasa tidak selesa.- Mrs A.H
Selera makan yang melampau - shazie
Rasa sakit berdenyut pada rahim. Mula rasa sakit yang sepatutnya jadi hari kedua haid - lovelyrose
Ada brown spotting (implantation bleeding) - yana
Seminggu sebelum period saya sudah rasa perut tegang, payudara sakit di bahagian puting dan berdenyut-denyut di sekitarnya - khailyn
Badan rasa panas. - ladyamal
Banyak air liur. Sering berludah - Kirana
Kulit berminyak dan berjerawat. Saya jadi sangat sensitif tidak bertempat - krsty
Tidak boleh tengok skrin laptop lama-lama, pening kepala dan rasa hendak muntah - iman
Banyak keputihan yang keluar, kemudian rasa pening macam hendak pitam - reese
Suami demam teruk. Sampai kawan-kawan suami cakap, isteri mengandung agaknya. Dua tiga hari saya sakit bahagian pinggang rasa cekang semacam  - idayah
Degup nadi di perut makin ketara - lollypop
Suami akan ada selera yang tinggi, senang lapar, sampai saya terpaksa layan dia makan. - hana
Tidak suka bau goreng-goreng - Jenny
Instint yang kuat sangat rasa diri memang mengandung. Memang yakin sahaja walaupun belum due haid sampai beritahu suami kata dah ada 'isi' - chamomile
Keluar keputihan pekat, macam susu. Kulit bersih tanpa jerawat. - Rara