hmmmm...hidup nie umpama roda. kekdg kita di atas dan kekdg kita dibawah. bergantung pada diri kita sendiri bagaimana untuk menanganinya dan berusaha untuk kejayaan diri sendiri...bagaimanapun kita hanya mampu berusaha, berdoa dan berserah....
Friday, August 27, 2010
Read Al-Quran Online - link
Tuesday, August 24, 2010
Checkup di KOHILAL
Thursday, August 19, 2010
10 weeks pregnancy
Week Ten: Embryo is now a Fetus
You are 10 weeks pregnant. (eight weeks after conception)
|
During this week of pregnancy the crown to rump length of the fetus is 0.9 inch to 1.2 inches (22 to 30mm), weight 0.07 ounce (2gm). They are now on the way to forming their testicles or ovaries, getting ready for the next generation. Until the ninth week of fetus development, the fetal reproductive apparatus is the same one for the both sexes. The head is still large and curves into chest.
Each week your uterus grows larger with the baby growing inside it. You may begin to see your waistline growing thicker by this time. A pelvic exam will detect that your uterus has grown from it's normal, size of your fist, to a little bigger than a grapefruit.
Puasa
Puasa: Ulama tolak wanita kerja setengah hari
Puasa: Ulama tolak wanita kerja setengah hariKUALA LUMPUR 4 Ogos : Golongan ulama menolak saranan Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) supaya kerajaan memendekkan waktu bekerja kakitangan wanita kepada setengah hari sepanjang bulan Ramadan. Rata-rata mereka berpendapat cadangan itu menyusahkan dari segi membantutkan urusan kerja malah ada yang melihatnya sebagai helah untuk mengeksploitasi bulan yang mulia itu dengan curi tulang. Alasan CUEPACS bahawa cadangan itu memberi peluang kepada kakitangan wanita terutama yang tinggal di Lembah Klang pulang ke rumah lebih awal untuk menguruskan rumah tangga termasuk juadah berbuka puasa, juga bagi mereka, tidak boleh dipakai langsung. Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin berkata, cadangan itu amat tidak praktikal dan berharap kerajaan mengambil pandangan pelbagai pihak sebelum mempertimbangkannya. Tiada ajaran yang menyatakan perlu menangguhkan kerja hanya untuk berbuka puasa sebaliknya terdapat penekanan kepada pentingnya mengutamakan amal ibadat, katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Tambahnya, lebih elok jika diberi saranan untuk membaca kitab suci al-Quran sekali gus dapat menambah pahala dan terus bekerja untuk meningkatkan produktiviti. Semalam, Presiden CUEPACS, Omar Osman menyarankan supaya kerajaan memendekkan waktu bekerja kakitangan wanita kepada setengah hari sepanjang Ramadan yang dijadualkan bermula 14 September ini. Alasannya, keadaan lalu lintas yang sesak ketika bulan puasa mendedahkan mereka dengan risiko kemalangan selain bebanan tanggungjawab mengurus anak serta persiapan menyediakan juadah berbuka. Sementara itu, Timbalan Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman berkata, agama tidak pernah membezakan cara bekerja sepanjang Ramadan dan bulan-bulan lain. Tiada dalil di dalam Islam yang menyatakan perlu memendekkan masa bekerja semasa bulan puasa semata-mata untuk menyiapkan juadah berbuka. Cuma ada hadis yang membolehkan seseorang itu meringankan sedikit beban tugas tetapi tidaklah sehingga menyukarkan pihak lain, jelasnya. Beliau berkata, pendekatan seharusnya dibuat dengan memendekkan sedikit masa bekerja untuk golongan wanita. Kalau kelepasan selama satu atau dua jam itu bolehlah tetapi tidaklah sampai setengah hari. Tetapi waktu mereka ini perlu diganti dengan masuk kerja lebih awal, katanya. Pendakwah bebas Mohd. Daud Che Ngah pula menyamakan cadangan itu dengan cubaan melarikan golongan wanita dari medan perang. Mengapa hendak diberi kelonggaran pulang awal kepada mereka dengan alasan menyiapkan juadah berbuka puasa dan meninggalkan golongan lelaki bekerja keras di pejabat, ujarnya. |
Thursday, August 12, 2010
Salam Ramadhan!!!
Wednesday, August 11, 2010
Keutamaan Ramadhan dan beberapa perkara yang membatalkan puasa.
Dipetik dari salah satu website di internet. Sekadar sebagai ilmu yang boleh dipelajari..
*************************************************************************
Keutamaan Ramadhan dan beberapa perkara yang membatalkan puasa.
Oleh:Yussamir yusof Aljohori
Timbalan Amir 1 Insititusi Usrah
Universiti Multimedia Cyberjaya
Firman Allah:
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”[1]
Ramadhan sudah mendekati kita,kira-kira lagi seminggu semua umat islam di Malaysia akan menyambut kedatangan Bulan Ramadhan yang mulia.Pada bulan Ramadhan terdapat satu kewajiban yang Umat Islam perlu laksanakan iaitu berpuasa selama satu bulan berturut-turut.Namun persoalannya adakah kita sudah bersedia untuk mengharungi ujian dan cubaan pada bulan Ramadhan?
Antara keistimewaan lain pada bulan Ramadhan adalah:
- Pada bulan Ramadhan diturunkan Al-Qur'an sebagai petunjuk bagi umat manusia dan berisi keterangan-keterangan tentang petunjuk dan pembeza antara yang haq dan yang bathil.
- Pada bulan ini disunatkan shalat tarawih, yakni shalat malam pada bulan Ramadhan, untuk mengikuti jejak Rasulullah, para sahabat dan Khulafaur Rasyidin.Ini berdasarkan Sabda Nabi SAW:
"Barangsiapa mendirikan shalat malam Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala (dari Allah) niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." [3]
- Pada bulan ini terdapat Lailatul Qadar (malam mulia), iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, atau sama dengan 83 tahun 4 bulan. Malam di mana pintu-pintu langit dibukakan, do'a dikabulkan, dan segala takdir yang terjadi pada tahun itu ditentukan.Berdasarkan Sabda Nabi SAW:
“Barangsiapa mendirikan shalat pada Lailatul Qadar kerana iman dan mengharap pahala, dari Allah niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu."[4]
- Pada bulan ini pintu-pintu Syurga dibuka, pintu-pintu Neraka ditutup dan para syaitan diikat.[5]
Disamping mengejar keutamaan-keutamaan tersebut,kita juga perlu menjaga beberapa perkara agar puasa kita tidak terbatal dengan sia-sia.Antara perkara yang telah jelas di dalam Quran adalah tidak boleh bersetubuh di siang hari,makan dan minum dari terbit sehingga terbenamnya matahari[6].Selain daripada 3 perkara tersebut para Ulama telah meluaskan perbahasannya kepada beberapa lagi perkara yang dapat membatalkan puasa,antaranya:
- Mengeluarkan mani dalam keadaan terjaga kerana onani, bersentuhan, ciuman atau sebab lainnya dengan sengaja. Adapun keluar mani kerana mimpi tidak membatalkan puasa kerana keluarya tanpa sengaja.
- Keluarya darah haid dan nifas. Apabila seorang wanita mendapati darah haid, atau nifas batallah puasanya, baik pada pagi hari atau petang hari sebelum terbenam matahari.[7]
- Sengaja muntah.[8]
- Murtad dari Islam (semoga Allah melindungi kita darinya,perbuatan ini menghapuskan segala amal kebaikan ).Ini berdasarkan Firman Allah :
“Seandainya mereka mempersekutukan Allah(murtad), niscaya lenyaplah dari mereka amalan yang telah mereka kerjakan.”[9]
Akhir sekali penulis memetik kata-kata Syeikh Abdul Aziz Bin Baaz(mantan Mufti Arab Saudi) :
Di dalam bulan puasa seorang Islam dilatih mengawal diri daripada berlebih-lebihan, seperti mengawal diri daripada keinginan memuaskan syahwat (di siang hari). Mengawal diri jugamemiliki banyak faedah baik dari aspek kesihatan maupun ke arah kerohanian. Di antara faedahnya adalah seorang Muslim akan merasai kelaparan yang dilalui oleh seorang Muslim lain yang tidak memiliki makan atau minum yang mencukupi sebagaimana yang dihadapi oleh saudara-saudara kita di Afrika.
WaAllah Alam..