Wednesday, February 20, 2013

Tabita Versi Kedua

Hari nie sampainya set trial Tabita yang ako beli dari member difacebook. Memang member sekolah pon. heheheh..tengok ramai sangat orang bertestimoni yang kata Tabita nie best cuma perit sket bila mula2 pakai. Ako nie mati2 ingat malam nie dah boleh rasmi Tabita ako tuhh. tapi bila dikenangkan Selasa next week ako ada interview, hancur berkecai harapan ako nak start this week. tapi xpe. balik saja dari interview akan ako terus pakai product kesayangan ramai tuh...

tapi tak sure samada ako boleh tahan kepedihan tue ataupun tak. tapi rasanya boleh sebab masa ako study dekat UPM dulu ako penah pakai product gaya Tabita nie. tak ingat apa namanya tapi mmg bagus arr...1- weeks mmg muka tue wa pon x tau nak cakap apa kat lu..tapi mmg sakit..hehehheee....wa, lu, wa, lu plak ehh...tp lepas tue mmg kulit kita akan smooth cantik. mekap pon licin je kulit. tapi masa pakai product tue mmg pedih gileeerrrrrrr....rasa cam nak jerit jew dalam toilet tapi lama2 dah lali jugak..tahan sakit..kalo bersalin c-sec pon ako leh cakap x sakit, ako leh tahan, inikan plak takat pakai menatang alah nie kan..kan? kan? kan? mmuuuaaahahahahahah!!!

next week bila ako nk start pakai Tabita nie, ako akan letak gambar ako sebelum dan selepas. biar korang leh tengok sendiri ada perubahan ke tak..di harap2 bila ako dh start pakai xdelah interview lagi masa ako tgh mengelupas teruk tue kan. biar kulitku selembut dan selicin kulit baby baru leh ada interview..cheh! demand plak chek!

yang set ekslusif ako dah book dr member yg nak g Jakarta. Ako dah book rege RM300. dah dapat gaji baru bayo. hehehehe...patutnya kena bayar deposit tp sebab percaya kawan kan..member ako x kisah. apa nak susah, ako gaji ako bayar je skali RM300 tue. xpayah nak deposit2..amboi, cam gaya org kaya baru!

oklah geng pengembaraan Tabita..wa chau dulu..nanti kiter story2 lagi yer. AS SALAM!

Monday, February 18, 2013

Tak Sah Nikah Jika Sembunyikan Wali

Petikan daripada Minda, Harian Metro

Dalam Mazhab Syafie, wali elemen penting dalam akad pernikahan. Wali bererti teman karib, pemimpin, pelindung atau penolong membabitkan ahli waris lelaki terdekat kepada pengantin perempuan.

Wali adalah salah satu daripada rukun dalam perkahwinan. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Janganlah kamu menghalang mereka berkahwin kembali dengan bekas suami mereka apabila terdapat kerelaan antara mereka dengan cara yang makruf." (Surah al-Baqarah ayat 232)

Kepentingan wali didalam perkahwinan disokong kuat dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Daripada Sulaiman Bin Musa, daripada Zuhri, daripada Unwah, daripada Aisyah R.A, sesungguhnya Nabi Muhammad bersabda: Sesiapa sahaja perempuan yang berkahwin tanpa izin walinya, maka perkahwinannya batal, maka perkahwinannya  batal, maka perkahwinannya batal. Kemudian jika suami mencampurinya (bersetubuh dengannya) maka bagi perempuan itu berhak memperoleh mahar sebab apa yang ia sudah anggap halal daripada mencampurinya. Kemudian jika mereka (wali-walinya) berselisih, maka penguasa (Hakim) yang menjadi wali." - (HR Admad, Abu Daud, Ibnu Majah, Tarmidzi)

Ketiadaan wali dalam perkahwinan boleh menyebabkan nikah itu menjadi tidak sah, fasid atau batal. Mengikut tertib wali, bapa hendaklah menjadi wali bagi semua perkahwinan anaknya. Dan jika bapa tidak ada kerana meninggal dunia maka hak wali berpindah kepada datuk pengantin perempuan itu.

Dan jika datuk juga meninggal dunia, maka hak wali itu berpindah kepada saudara lelaki seibu sebapa kepada pengantin perempuan dan begitulah bidang kuasa wali mengikut tertib susunannya.

Tertib susunan wali sepenuhnya ialah: bapa, datul, saudara lelaki seibu, saudara lelaki sebapa, anak lelaki daripada saudara lelaki seibu sebapa (anak saudara), anak lelaki daripada saudara lelaki sebapa (anak saudara), saudara lelaki seibu sebapa bagi bapa (bapa saudara), saudara lelaki sebapa bagi bapa (bapa saudara), anak lelaki bagi saudara lelaki seibu sebapa bagi bapa (sepupu), anak lelaki bagi saudara lelaki sebapa bagi bapa (sepupu).

Sekiranya pengantin perempuan langsung tidak mempunyai wali, wali hilang atau ghaib atau jika wali aqrab enggan mewalikan pernikahan tanpa alasan yang dibenarkan oleh syarak, maka dia akan dinikahkan secara wali hakim.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Maka Sultanlah yang menjadi wali bagi sesiapa yang tidak mempunyai wali." (HR At-Tirmizi dan Abu Daud)

Dalam keadaan wali yang dinyatakan di atas masih hidup dan cukup syarat sebagai wali seperti beragama Islam, baligh, berakal, adil dan merdeka, maka melakukan akad pernikahan dengan menyembunyikan wali berkenaan atau melangkaui tertib susunan wali itu boleh menjadikan perkahwinan itu tidak sah.

Malah jika perkahwinan itu dilangsungkan menggunakan wali abad, yakni wali yang jauh perhubungannya dengan pengantin perempuan mengikut susunan wali sedangkan wali aqrab iaitu wali yang paling dekat hubungannya dengan pengantin perempuan mengikut susunan wali masih ada, maka perkahwinannya itu juga boleh jadi tidak sah.

Matlamat rukun wali bukanlah untuk menyusahkan kaum wanita, tetapi untuk menjaga mereka yang mudah dipengaruhi oleh perasaan, kurang pandai memilih, ditipu, dimanipulasi dan tidak boleh mengurus aqadnya sendiri.

Oleh sebab itu, ia hendaklah diserahkan kepada walinya agar tujuan sesuatu perkahwinan itu benar-benar tercapai dengan sempurna.

Imam A-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin mengingatkan seorang wali harus memerhati dan meneliti kelakuan gerak laku calon suami agar tidak mengahwini saudara perempuan dengan seorang lelaki yang buruk budi pekertinya, lemah agamanya atau yang tidak sekufu dengan kedudukannya.

Sekiranya dia mengahwinkan puterinya dengan seorang lelaki zalim atau fasik atau lemah agamanya atau peminum arak, maka dia melanggar perintah agamanya, dan akan mendapat kemurkaan Allah SWT kerana memilih jalan yang salah.

Menyembunyikan atau menipu kewujudan wali bukan saja boleh menjadikan sesuatu pernikahan tidak sah, tetapi kesan lebih besar kepada ketidaktentuan nasab anak, memutuskan silaturahim dan menjadikan masyarakat kacau bilau serta porak-peranda.

Friday, February 15, 2013

Boring!!

bulan nie memang memboringkan...dahlah xde assignment/ project, sorang member malay dah last day arini, dh siap blah dah pon..tinggal ako di only malay dalam team..the rest sume cina..nak wat camne kalo keje kat company 99% sume cina..semalam punya larrrrr boring sampai sempat gie buat rambut..boleh?? mcm company bapak ako jew ako wat..muahahahahhaah!!!

arini x sure apa nak wat..keje pon dah siap..nak main game facebook jew ari2 mmg boring arr kan?? so apa nak buat?? urgghhhhhhhh!!! bohsan tahap siot kot!

hurrmmmmm....kalo ako drive rasanya ako dh blah dr opis nie..sabo jelah yer..

Wednesday, February 13, 2013

Tabita Product

hurmmmm...skang nie famous betol pasal produk Tabita yang datangnya dari Indonesia nihh...masing2 dengan testimonial masing2 dan comment masing2..ada yang kata elok dan ada yang kata x elok. bergantung pada individu. kalau2 rasa x elok dan bahaya, x payah pakai dan kalau rasa2 ok, i think u can try out and see it for yourself kan?? ramai yang cakap kalau yang sampai rosak kulit and so forth tue sebenarnya diaorg terkena produk tiruan..tue x taulah plak den...tapi ako? memang rasa cam nak try..ako dulu pernah gak pakai produk yang kelupas2 kulit nie..memang mula2 akan pedih sampai rasa nak nangis bila cuci muka and apply cream tapi 2-3 weeks after that, kebooommmmm!!!!! cun nyaaaaaa Nyah!! hehehehe..like people say Beauty is Pain right??

ada member nak pergi Jakarta dalam awal bulan March nie..so ako pon nak tempah daripada dia jelah..rege dalam RM320 tuk ekslusif set..mahal kan? tp dekat Jakarta pon rege paling mahal dalam 750000 Rupiah bersamaan dengan more or less RM242..tapi kalau sampai ada yang jual harga sampai RM400 ke atas tue memang melampaulah kan?? ako kalo mahal2 camtu baik ako beli SKII jew..huhuhuhuhuhu.....

so, kalo ada sesapa yang terbaca blog ako nie dan rasa nak beli melalui ako, boleh jew..tapi kena deposit 50% lah sebab ako tak nak ada org yg dah order tapi tetiba cancel last minute...rugilah kan sebab rege kat sana pon bukannya murah..kesian org yang ke hulu ke hilir gie beli produk tue..

boleh sms ako : 0192594714 or email at xnhyuso82@yahoo.com....whatsapp xleh lagi sbb ako pakai hp yang x berapa nak smart yer...kuikuikui..sungguh ketinggalan ako nieee..tapi nak wat camne..kena sabar menunggu hubby kesayangan membawa pulang iphone 5 untuk diriku ini..hahahahahhaa....

original dan tak tipu..leh check kat website2 camne nak tau yang ori and x ori...nanti kalau ako dah start pakai ako bgtahu korang ako nyer own testimoni k?

bye for now!! As Salam!!

Hari Kekasih @ Valentine's Day Gugat Akidah

Dipetik dari Harian Metro

Esok, malah bermula malam nanti, jika mengikut budaya Barat, anak muda mereka akan meraikan pasangan kekasih masing-masing sempena Hari Valentine. Sambutannya dalam pelbagai bentuk, boleh jadi dengan menghadiahkan bunga, mengirimkan ucapan ataupun mengadakan aktiviti tertentu berkaitannya.

Biarkanlah mereka dengan budaya yang didambakan itu. Kita dengan budaya ketimuran kita, jadi usah diganggu dan ditiru. Lagi pun Allah sudah menegaskan kepada kita seperti yang terkandung dalam kitab-Nya yang bermaksud "Bagi kamu agama kamu, bagiku agamaku".

Tetapi, makin dibiarkan nampaknya makin bersemarak pula, malah pengaruhnya tersebar luas meresapi masyarakat Timur. Apa yang dikhuatirkan ialah anak muda kita, hendaknya tiada yang terpengaruh.
Ini kerana Islam melarang kita sebagai umatnya daripada meraikannya. Perkara ini ada ditegaskan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia dalam muzakarahnya ke-71 pada 2005, dengan menyatakan amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam.
Menurut Jawatankuasa itu, roh perayaan berkenaan mempunyai unsur Kristian, malah amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Islam, katanya, menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Hari Valentine kerana unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah.

Tegas Jawatankuasa itu lagi, dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang, sebaliknya setiap hari adalah hari kasih sayang.

Menurutnya, hukum Islam jelas dalam melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW, bermaksud : "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk dalam kaum berkenaan." (Hadis Riwayat Abu Daud)

Satu lagi hujah ialah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud : "Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan daripada amalan kami, maka ia akan ditolak." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Demikianlah hukum dan larangan Islam terhadap Hari Valentine yang dikenali juga sebagai Hari Santo Valentine atau Hari Memperingati Kekasih iaitu satu sambutan tahunan dosemarakkan orang Kristian pada 14 Februari setiap tahun.

Mengikut sejarah seperti yang diterangkan dalam ensiklopedia maya, Wikipedia, sambutan berkenaan bersempena paderi Kristian purba yang bernama Santo Valentine (santo merujuk kepada gelaran suci kepada tokoh Kristian, santa bagi wanita).

Valentine yang dimaksudkan ialah dua paderi masing-masing dari Rom dan Terni, Itali. Valentine dari Rom dikatakan mati demi agama pada 269. Bahan peninggalannya ada di Gereja St Prassede di Rom dan Gereja Karmelit Whitefriar Street di Dublin, Ireland.

Sementara Valentine dari Terni menjadi biskop Interamna (kini Terni) sekitar tahun 197 dan dikatakan berkorban demi agamanya sewaktu zaman penindasan ke atas penganut Kristian di bawah pemerintahan Maharaja Aurelian. Bahan peninggalannya ada di Basilika St Valentine di Terni.

Sungguhpun demikian, tiada unsur asmara dalam riwayat hidup terawal paderi terbabit. Unsur itu mula dikaitkan dalam lingkungan sastera Geoffrey Chaucer pada Kemuncak Zaman Pertengahan dan pada zaman moden is ditampilkan dengan pelbagai lambang seperti bentuk hati, burung merbuk dan dewa Cupid bersayap.

Mungkin ada sesetengah antara kita mendakwa sudah sedia maklum dan sedar mengenai hukum menyambut perayaan kekasih itu, malah sentiasa berhati-hati dengan jeratnya. Tetapi bagaimana dengan mereka yang belum memahaminya atau dikatakan separuh sedar?

Dalam hubungan ini barangkali ada antara anak muda kita yang cuba mendapatkan sedikit ruang terhadap sambutan hari berkenaan. Mungkin akan ada yang bersuara : "Kami bukan sambut lebih-lebih pun, sekadar memberi bunga, beli kek dan belon saja".

Banyaklah alasan diberi. Jika kita melihat kepada fatwa dikeluarkan Jawatankuasa Tetap Kajian Ilmiah dan Fatwa Arab Saudi, hukumnya lebih tegas, bukan saja tidak boleh meraikan  dan memperakuinya, bahkan menampakkan kegembiraan kerananya juga dikira melanggar batas ditetapkan Allah.

Malah, menurut Jawatankuasa itu, setiap muslim juga haram membantu untuk mengadakan sambutan hari berkenaan, baik dalam bentuk makanan, minuman, penjualan, pembelian, produk, hadiah, surat, iklan dan seumpamanya kerana semuanya termasuk tolong-menolong dalam perbuatan dosa dan permusuhan serta maksiat.

Apapun, hukum mengenai sambutan Hari Valentine tetap haram bagi umat Islam dan sesiapa yang menyambutnya boleh menjejaskan kesucian akidah. Dari itu, bagi muda-mudi kita yang sayangkan akidah, janganlah terjebak dengan jerat sambutan itu.