Tuesday, November 29, 2011

MAKKAH SATU MASA DAHULU - GAMBAR

MAKKAH in the past  - islam photo

MAKKAH in the past  - islam photo

MAKKAH in the past  - islam photo

MAKKAH in the past  - islam photo

MAKKAH in the past  - islam photo

MAKKAH in the past  - islam photo

CERITA HANTU SERAM 18SG



Sebelum tu, aku nak bagitahu korang. Ini kisah benar yang dialami oleh kami sekeluarga. Tiada rekaan atau sebagainya. Cerita memang cukup panjang dan seram, kalau tak berani baca, jangan baca. Takut nanti ada yang demam 1 minggu pulak.
Mami pernah bagi tahu, ada satu hari tu masa dia tidur, dia rasa macam ada sesuatu yang menindih badan dia. Nak bergerak, dia rasa susah. Nak celik mata, tak boleh celik. Nak bukak mulut, keluarkan suara pun, seakan-akan macam ditekup mulut.
*ish..ish..* sound efek sikit
Sebelum kami berpindah ke rumah yang kami diami sekarang ni, rumah ini telah ditingalkan agak lama oleh pemiliknya dan tidak disewakan kepada sesiapa pun. Mungkin ada sebab-sebab tertentu.
Bukan mami saja pernah mengalami peristiwa pelik, malah aku pun pernah jugak. Ni nak story mory la ni. Seperti biasa, setiap malam selepas makan malam, aku akan melepak sambil menonton TV di ruang tamu atas. Seorang diri. Manakala mami dan cik man di bawah. Nak jadikan cerita, tekak aku rasa haus, air dalam botol pun dah habis. Maka aku ambil botol dan turun ke bawah untuk isi air. Lalu depan bilik mami, lampu menyala, macam kelibat mami sedang duduk di atas katil. Aku hairan, sebab waktu-waktu macam ni selalunya dia menonton Tv di bawah. Aku patah balik, sekali lampu bilik tidak dinyalakan pun. Dan mami pun sebenarnya tiada di dalam bilik. Aku hairan, tapi diam je. Orang tua-tua pesan, nampak benda pelik jangan tegur. IngatJANGAN TEGUR!
*buat ape tu kak?*
Satu malam, sebelum aku tidur, aku pergi gosok gigi di tandas bawah. Aku nampak macam kelibat orang lalu belakang aku. Cik Man kot. Aku diam. Tapi bila aku nak naik atas balik, aku tengok cik man tengah syok tengok Ong Bak 2. Kencang betol diorang punya aksi pukul-memukul. Tip-top. Macam biasa, aku diam JANGAN TEGUR orang tua-tua kata.
Beberapa minggu lepas tu, aku balik kampung. Isnin malam tu mami cakap dengan aku. Rupa-rupanya dalam rumah yang kitorang duduk ni ada makhluk hitam yang tinggal. 2 ekor. 1 dalam bilik mami dan 1 kat bahagian belakang pintu berdekatan bilik air. Ok, sekarang aku paham. Kenapa aku boleh nampak kelibat mami dalam bilik dia, sedangkan dia takda. Dan mami ditindih masa waktu tidur. Dan objek yang lalu belakang aku masa kat dapur.
Mami cakap, abang aku bawak kawan dia datang sini, kira kawan abang aku ni macam orang Seekers la. Yang hebatnya, dia ni boleh tangkap makhluk-mahluk tersebut dan dimasukkan dalam botol. Abang aku tunjuk video tu kat aku, macam mana kawan dia tangkap makhluk tersebut. Aku takdalah takut sangat, cuma meremang sikit je. Dan aku mintak abang aku send gambar-gambar yang dia ambil kepada aku. Hasilnya, sampai sekarang, aku simpan gambar tu nak tunjuk kat korang, readers semua.
Lagi satu cerita, kat rumah arwah nenek aku, yang sekarang pak cik aku duduk dengan family dia. Dulu kawasan rumah nenek aku ni, memang dikelilingi pokok-pokok, tapi bukan hutan. Sebab rumah nenek aku ni kat bandar. Sekarang, pokok-pokok ni dah ditebang, sebab kawasan tu nak dibangunkan. Depan rumah nenek aku adalah rumah sedara kitorang jugak. Belakang rumah dia ada 1 pokok ara yang besar sangat.
Satu hari, anak jiran kitorang tengah tunggu bas subuh-subuh nak pergi sekolah. Tiba-tiba dia cakap dengan mak dia, dia nampak benda terbang dari pokok besar tu ke arah tiang lampu. Budak kecik mana tahu takut. Lagi sekali kawan abang aku jadi penyelamat. Rupa-rupanya benda terbang tu adalah pontianak. Kat bandar pun ada pontianak, kau jangan main-main. Rumah dia dah ditebang, tu yang dia main terbang sana-sini.
*hi..hi..hi..hi..*mengilai sikit
Sebelum tu, sepupu aku pun ada jugak cakap. Malam-malam kalau dia belajar sampai lewat malam macam ada orang bisik-bisik kat telinga dia. Pastu bulu roma tengkuk akan meremang. Dia diam je, macam aku. JANGAN TEGUR. Ada 6 ekor pontianak yang duduk menginap kat pokok-pokok buah mempelam disekeliling rumah nenek aku tu.
Bila tangkap, nampak la figure dia. Aku simpan 1 je gambar, sebab yang lain tu macam tak berapa nampak sangat. Tak clear orang putih cakap. Siapa yang berani nak tengok, klik la sini..–> http://x-rider.com/
Alhamdulillah, sepanjang aku duduk kat rumah tu, aku tak pernah pulak kena ganggu atau apa. Lagi aku sorang. Kadang-kadang tu ada la jugak rasa bulu roma tiba-tiba meremang, tapi aku diam je. Aku mengaji dalam bilik, halau dia keluar kot-kot dia masuk dalam bilik aku. Kadang-kadang aku mengaji kat ruang tamu atas, kasi dia panas sikit. Aku takdalah rasa takut, cuma cuak sikit je.
Terpulang la korang nak percaya atau tak. Tapi hakikatnya cerita ni semua memang benar, takda reka-reka. Dan gambar tu pun memang betul, abang aku yang capture sendiri. Cuma ingatlah, kat dunia ni memang ada makhluk lain yang diciptakan oleh Allah. Dan kita kena percaya, mereka ni wujud. Percaya saja bukan takut. Sebabnya yang perlu kita takutkan adalah yang DI ATAS tu.

[18+] PERTUNJUKKAN FESYEN BOGEL

Pereka fesyen Charlie le Mindu mengejutkan industri fesyen apabila dia dengan berani mempersembahkan model dalam keadaan bogel untuk memperagakan koleksi beg tangan, topi dan wig rekaan beliau. Tidak dinafikan Charlie le Mindu sememangnya seorang yang berfikiran luar biasa apatah lagi dia merupakan pereka fesyen kegemaran Lady Gaga.










Sumber: http://pokpa.blogspot.com/2011/05/pertunjukan-fesyen-bogel.html#ixzz1ehKW7rMz

3200 JARUM DICUCUK PADA BADAN

Staysha Randall, Nevada. Membuat keputusan untuk menyucuk badan dia dengan jarum. Sebanyak 3200 batang jarum dalam  1masa! Mula-mula dia nak buat 3600, tapi bila sampai 3200 dia dah tak boleh handle dan suruh mereka berhenti.
Saja je cari penyakit... Adehh~

3200 needles

3200 needles

3200 needles

3200 needles

3200 needles

[GAMBAR] BERHATI-HATI KETIKA MENGGUNAKAN TANDAS AWAM

Berhati-hati ketika menggunakan tandas awam. Sila periksa di bahagian bawah mangkuk jamban dan di kawasan sekeliling. Ini bukti apa yang terjadi pada masa kini. Saya terpaksa muat naik gambar ini agar anda tahu kedudukan kamera tersebut.
P/S : Berita ini baru saja saya terima dari seorang rakan baik saya. Dia terkejut apa yang dia lihat di bawah mangkuk jamban tersebut. Selalunya manusia akan rasa geli jika terdapat kotak kecik, kotak rokok, kotak tisu, pembalut tisu, tuala wanita dan sebagainya. Mesti anda tidak terfikir langsung untuk membersihkan kawasan itu. Bagi anda adalah ia seperti sampah bukan. Tetapi awas!!! ia benar-benar terjadi. Sila ambil langkah berjaga-jaga ketika berada dalam tandas.
sumber: informasi.my

Lelaki ini mati semasa menonton filem lucah

Seorang lelaki muda yang mengalami masalah jantung meninggal dunia ketika menonton sebuah filem lucah di Britain.

Lelaki berkenaan, Chris Nicholls, 23, terjatuh dengan tiba-tiba sebaik sahaja menonton filem lucah di bilik tidurnya.

Dia dilaporkan meninggal dunia akibat jantung terhenti beberapa minggu selepas menjalani pembedahan jantung terbuka.

Mayat Nicholls ditemui oleh ibunya, Clare di rumah keluarga di Redhill, Surrey.
Ketika siasatan inkues kematian Nicholls, ibunya menyoal pakar patologi, Dr Mary Sheppard yang memeriksa selepas kematian lelaki itu sama ada serangan jantung boleh menyerang apabila menonton filem.

Nicholls dilahirkan dengan kecacatan kongenital jantung di mana ia tidak boleh diubati sepenuhnya.

Dia pernah menjalani pembedahan jantung dan mengalami satu serangan jantung pada April lalu.

GEMPAR - GADIS MELAYU YANG FEMES DI KOREA

Korean guy who confess his love to malay girl


Artikel dari laman web Justkhai

Khai terima email dari gadis bernama Zafirah berceritakan mengenai kisah cinta seorang 
pelajar Malaysia di Korea bernama SOPHIA SURAYA BT RIDZA ABDUH. Kisah cintanya gadis 
bertuah ni pasti akan buat korang tersenyum atau mungkin cemburu gile bagi korang yang 
perempuan. 
Boleh dikatakan, kisah cinta seperti Sophia hanya satu dalam sejuta, atau mungkin inilah satu 
buat selama-lamanya. Bertuahnya gadis melayu ni ya? 


Sophia Ridza di Malaysia hanya gadis biasa tetapi bukan di Korea. Di sana, Sophia 
adalah gadis yang gadis yang sebaris dengan selebriti. Sophia Ridza adalah rakyat Malaysia 
yang telah berada di korea lebih 5 tahun untuk meneruskan pelajarannya dalam bidang 
Engineering. Entah bagaimana, Sophia boleh terjebak menjadi seorang panel dalam sebuah 
rancangan tv di korea bertajuk Chit Chat of Beautiful Ladies. Sebuah rancangan yang 
mengumpulkan gadis-gadis cantik dari seluruh pelusuk dunia termasuk Malaysia 
berceritakan tentang pengalaman mereka dengan kebudayaan yang ada di Korea tetapi 
yang lebih dibincangkan, adalah mengenai lelaki di Korea. 
Ianya ada ditayangkan di KBS World, CH 303 Astro setiap Khamis jam 6:10 Petang.


Selepas dua tahun Sophia bersama rancangan tersebut, tanpa diduga, pada suatu 
hari rancangan tersebut di datangi seorang jejaka ‘gentleman’ Korea bernama Jang Dong Ock
yang melamar Sophia secara LIVE. Diulangi, secara LIVE yang membuatkan Sophia 
tersipu-sipu kebingungan. Siapa pembaca Justkhai yang berani buat muka tebal macam tu 
sila angkat tangan? Hehehe. 
Dong Ock sebenarnya dah jatuh cinta pada si Sophia ni sejak pertama kali Sophia terlibat dalam 
rancangan tersebut. Kira cinta pandang pertama tanpa diketahui Sophia. Samalah macam cinta 
pandang pertama korang kat Lisa Surihani cuma yang bezanya, korang takkan berani ngadap 
muka Lisa tu untuk propose dia. Hehehe. Melihat gelagat lelaki se’gentle’ Dong Ock melamar 
Sophia dengan teramatlah berani, membuatkan sesiapa sahaja lelaki di dunia ini pasti tercabar.

Dengarnya, Sophia kini sudah pun pulang ke Malaysia tetapi hubungan antara mereka 
berdua still on. Harapanya agak berkekalan la. No wonder kerana cinta kepada Sophia, 
perlahan-lahan akan mengeluarkan rasa cinta jejaka Korea tersebut kepada Allah dan 
mengubahnya menjadi seorang Muslim sejati.

Nantikan sahaja perkembangan kisah cinta pasangan cinta terhebat di abat ini. 
Sebuah kisah cinta paling mahal bagi Khai yang jarang-jarang kita lihat. 
Sophia Ridza dan Jang Dong Ock.



PATUNG JESUS DISAMBAR PETIR!

Sebuah patung Yesus Kristus 62-kaki disebuah gereja di Ohio telah dipanah petir semasa ribut petir yang teruk dan meletup kemudiannya terbakar dan mengakibatkan patung tersebut hangus dijilat api. Patung yang bernilai $300,000 US dan diperbuat daripada bahan gentian kaca dan Styrofoam itu hanya tinggal rangka dawai. Kebakaran yang berlaku juga telah menyebabkan kerosakan $400,000 US kepada ‘Solid Rock Church’ di Monroe, Ohio.