Tuesday, November 29, 2011

Wanita ini ditahan kerana membuat panggilan palsu sebanyak 7,177 kali

Polis Jepun menahan seorang wanita selepas didakwa membuat lebih 7,000 panggilan kecemasan berikutan seorang pegawai tidak mencatatkan aduannya dengan serius, kata seorang jurucakap polis semalam.

Wanita berusia 38 tahun itu ditahan kelmarin atas beberapa tuduhan menghalang tugas polis, kata seorang jurucakap polis di barat Osaka, Jepun.

Dia membuat 7,177 panggilan telefon pada waktu malam atau siang antara 14 September dan 13 Oktober tahun ini dan panggilan pertama pada 2005 menyatakan dia dilanggar oleh seorang lelaki.

No comments:

Post a Comment