Monday, November 14, 2011

Playboy


Tiada gadis yang ingin memiliki kekasih seorang playboy. Tapi masih ramai yang tidak menyedari bahawa kekasihnya itu sebenarnya adalah playboy.
Sebelum terlanjur jatuh cinta kepadanya, kenali lah si dia dahulu. Mungkin juga lelaki yang rapat dagan anda itu adalah termasuk dalam jenis player, menurut laman web Girl Ask Guy terdapat 8 tanda lelaki playboy:
1. Membuat Panggilan Selepas Pukul 11 dan 12 Malam
Jika si lelaki menyukai anda, dia akan memilih waktu yang sesuai untuk menghubungi dan bertanya khabar mengenai anda. Jika dia menghubungi anda selepas pukul 11 atau 12 malam, waktu tersebut merupakan waktu yang sesuai untuk lelaki hidung belang. Jika dia menelefon pada waktu tersebut bererti dia sebenarnya tidak serius terhadap anda, dia sebenarnya hanya ingin mencuba memikat anda di waktu lapang sahaja.
2. Mempunyai Ramai Kawan Perempuan
Berwaspadalah jika si lelaki tersebut memiliki ramai kawan perempuan berbanding dengan kawan lelakinya. Secara teorinya, lelaki playboy mudah berkawan dengan ramai perempuan dalam sesuatu waktu. Jadi jika si dia sering menerima panggilan daripada perempuan, maka berwaspada lah terhadapnya.
3. Pintar Merungkai Kata
Mengapa perempuan sukar untuk menolak jeratan si playboy? Kerana dia pandai berbicara dan merayu. Dia tahu apa yang harus dituturkannya ketika anda sedang marah, frust atau sedih. Dengan kata-katanya akan membuat anda merasa istimewa dan setiap kata-katanya mencerminkan dia lelaki yang baik. Padahal, sebenarnya dia sedang menipu anda dan bijak mengawal emosi anda.
4. Banyak Bercakap Tentang Fizikal Anda
Wanita mana yang tidak suka dipuji, mesti tidak senang duduk kan. Namun jika dia lebih banyak memuji mengenai tubuh anda, maka berhati-hatilah. Dia sebenarnya inginkan hubungan yang lebih daripada yang ada dan sedang cuba mempermainkan anda.
5. Sikapnya Berbeza di Depan Kawan-kawan Lelakinya
Ketika bersama kawan-kawannya, lelaki hidung belang ini akan lebih banyak memberi pelukan dan sentuhan fizikal kepada kekasihnya. Jangan bangga dulu, ini bukan lah tanda yang dia betul-betul sayang kepadanya dan ingin tunjukkan perasaan sayang itu terhadap kawan-kawannya, tapi sekedar ingin menunjuk kepada kawan-kawan lelakinya bahawa ‘ini adalah mangsa aku yang terbaru’.
6. Tahap Keyakinan Diri Yang Tinggi
Si player adalah seseorang yang mempunyai tahap kepercayaan diri yang tinggi. Apa tidaknya, dia rasa yakin untuk menakluki gadis-gadis yang diinginkannya. Lebih-lebih lagi, mereka berupaya untuk menjerat dua hingga tiga gadis sekaligus dalam sesuatu waktu. Itulah yang membuatkan playboy semakin percaya kepada dirinya.
7. Tidak Tertarik dengan Kehidupan Anda
Ketika dia bertanya tentang kehidupan harian anda, belum tentu dia sebenarnya mengambil berat akan diri anda. Mereka cuba buat seolah-olah mengambil peduli, tetapi kenyataannnya adalah sebaliknya. Tindakan mereka ini adalah untuk mendapatkan sesuatu. Apabila si gadis mula mempercayainya, maka dengan mudah dia akan dapat memenuhi keinginannya.
8. Mengelak Untuk Keluar Bersama Anda
Jika sudah namanya player, sudah pasti dia akan meluangkan masa bersama teman-teman wanitanya yang lain. Jika dia mengelak untuk keluar bersama anda tu faham-faham je lah. Tetapi ada jenis player yang sangat bijak seperti jika dia memilih untuk keluar bersama anda, dia akan membuat alasan dengan teman wanitanya yang lain bahawa dia akan keluar dengan sepupu atau adiknya padahal adiknya atau sepupunya itu adalah anda sendiri. Taktik ini dapat membuatkan dia tidak diganggu semasa keluar bersama anda.

No comments:

Post a Comment