Tuesday, November 29, 2011

GEMPAR - GADIS MELAYU YANG FEMES DI KOREA

Korean guy who confess his love to malay girl


Artikel dari laman web Justkhai

Khai terima email dari gadis bernama Zafirah berceritakan mengenai kisah cinta seorang 
pelajar Malaysia di Korea bernama SOPHIA SURAYA BT RIDZA ABDUH. Kisah cintanya gadis 
bertuah ni pasti akan buat korang tersenyum atau mungkin cemburu gile bagi korang yang 
perempuan. 
Boleh dikatakan, kisah cinta seperti Sophia hanya satu dalam sejuta, atau mungkin inilah satu 
buat selama-lamanya. Bertuahnya gadis melayu ni ya? 


Sophia Ridza di Malaysia hanya gadis biasa tetapi bukan di Korea. Di sana, Sophia 
adalah gadis yang gadis yang sebaris dengan selebriti. Sophia Ridza adalah rakyat Malaysia 
yang telah berada di korea lebih 5 tahun untuk meneruskan pelajarannya dalam bidang 
Engineering. Entah bagaimana, Sophia boleh terjebak menjadi seorang panel dalam sebuah 
rancangan tv di korea bertajuk Chit Chat of Beautiful Ladies. Sebuah rancangan yang 
mengumpulkan gadis-gadis cantik dari seluruh pelusuk dunia termasuk Malaysia 
berceritakan tentang pengalaman mereka dengan kebudayaan yang ada di Korea tetapi 
yang lebih dibincangkan, adalah mengenai lelaki di Korea. 
Ianya ada ditayangkan di KBS World, CH 303 Astro setiap Khamis jam 6:10 Petang.


Selepas dua tahun Sophia bersama rancangan tersebut, tanpa diduga, pada suatu 
hari rancangan tersebut di datangi seorang jejaka ‘gentleman’ Korea bernama Jang Dong Ock
yang melamar Sophia secara LIVE. Diulangi, secara LIVE yang membuatkan Sophia 
tersipu-sipu kebingungan. Siapa pembaca Justkhai yang berani buat muka tebal macam tu 
sila angkat tangan? Hehehe. 
Dong Ock sebenarnya dah jatuh cinta pada si Sophia ni sejak pertama kali Sophia terlibat dalam 
rancangan tersebut. Kira cinta pandang pertama tanpa diketahui Sophia. Samalah macam cinta 
pandang pertama korang kat Lisa Surihani cuma yang bezanya, korang takkan berani ngadap 
muka Lisa tu untuk propose dia. Hehehe. Melihat gelagat lelaki se’gentle’ Dong Ock melamar 
Sophia dengan teramatlah berani, membuatkan sesiapa sahaja lelaki di dunia ini pasti tercabar.

Dengarnya, Sophia kini sudah pun pulang ke Malaysia tetapi hubungan antara mereka 
berdua still on. Harapanya agak berkekalan la. No wonder kerana cinta kepada Sophia, 
perlahan-lahan akan mengeluarkan rasa cinta jejaka Korea tersebut kepada Allah dan 
mengubahnya menjadi seorang Muslim sejati.

Nantikan sahaja perkembangan kisah cinta pasangan cinta terhebat di abat ini. 
Sebuah kisah cinta paling mahal bagi Khai yang jarang-jarang kita lihat. 
Sophia Ridza dan Jang Dong Ock.



No comments:

Post a Comment