Thursday, August 19, 2010

Puasa: Ulama tolak wanita kerja setengah hari

Apa pendapat anda??

********************************************
Puasa: Ulama tolak wanita kerja setengah hariKUALA LUMPUR 4 Ogos : Golongan
ulama menolak saranan Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam
(CUEPACS) supaya kerajaan memendekkan waktu bekerja kakitangan wanita
kepada
setengah hari sepanjang bulan Ramadan.

Rata-rata mereka berpendapat cadangan itu menyusahkan dari segi
membantutkan urusan kerja malah ada yang melihatnya sebagai helah untuk
mengeksploitasi bulan yang mulia itu dengan curi tulang.

Alasan CUEPACS bahawa cadangan itu memberi peluang kepada kakitangan
wanita terutama yang tinggal di Lembah Klang pulang ke rumah lebih awal untuk
menguruskan rumah tangga termasuk juadah berbuka puasa, juga bagi mereka,
tidak boleh dipakai langsung.

Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin berkata, cadangan itu amat tidak
praktikal dan berharap kerajaan mengambil pandangan pelbagai pihak
sebelum mempertimbangkannya.

Tiada ajaran yang menyatakan perlu menangguhkan kerja hanya untuk
berbuka puasa sebaliknya terdapat penekanan kepada pentingnya
mengutamakan amal ibadat, katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambahnya, lebih elok jika diberi saranan untuk membaca kitab suci
al-Quran sekali gus dapat menambah pahala dan terus bekerja untuk
meningkatkan produktiviti.

Semalam, Presiden CUEPACS, Omar Osman menyarankan supaya kerajaan
memendekkan waktu bekerja kakitangan wanita kepada setengah hari
sepanjang Ramadan yang dijadualkan bermula 14 September ini.

Alasannya, keadaan lalu lintas yang sesak ketika bulan puasa mendedahkan
mereka dengan risiko kemalangan selain bebanan tanggungjawab mengurus
anak serta persiapan menyediakan juadah berbuka.

Sementara itu, Timbalan Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman berkata,
agama tidak pernah membezakan cara bekerja sepanjang Ramadan dan
bulan-bulan lain.

Tiada dalil di dalam Islam yang menyatakan perlu memendekkan masa bekerja
semasa bulan puasa semata-mata untuk menyiapkan juadah berbuka.

Cuma ada hadis yang membolehkan seseorang itu meringankan sedikit
beban tugas tetapi tidaklah sehingga menyukarkan pihak lain, jelasnya.

Beliau berkata, pendekatan seharusnya dibuat dengan memendekkan
sedikit masa bekerja untuk golongan wanita.
Kalau kelepasan selama satu atau dua jam itu bolehlah tetapi tidaklah
sampai setengah hari.

Tetapi waktu mereka ini perlu diganti dengan masuk kerja lebih awal,
katanya.

Pendakwah bebas Mohd. Daud Che Ngah pula menyamakan cadangan
itu dengan cubaan melarikan golongan wanita dari medan perang.

Mengapa hendak diberi kelonggaran pulang awal kepada mereka dengan
alasan menyiapkan juadah berbuka puasa dan meninggalkan golongan
lelaki bekerja keras di pejabat, ujarnya.

No comments:

Post a Comment