Wednesday, August 11, 2010

Keutamaan Ramadhan dan beberapa perkara yang membatalkan puasa.

Dipetik dari salah satu website di internet. Sekadar sebagai ilmu yang boleh dipelajari..

*************************************************************************


Keutamaan Ramadhan dan beberapa perkara yang membatalkan puasa.

Oleh:Yussamir yusof Aljohori
Timbalan Amir 1 Insititusi Usrah
Universiti
Multimedia Cyberjaya

*Artikel ini ditulis untuk risalah jumaat pada minggu lepas tetapi disebabkan ada masalah teknikal,artikel ini boleh diperolehi pada hari jumaat ini.Harap maklum.

Firman Allah:

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”[1]

Ramadhan sudah mendekati kita,kira-kira lagi seminggu semua umat islam di Malaysia akan menyambut kedatangan Bulan Ramadhan yang mulia.Pada bulan Ramadhan terdapat satu kewajiban yang Umat Islam perlu laksanakan iaitu berpuasa selama satu bulan berturut-turut.Namun persoalannya adakah kita sudah bersedia untuk mengharungi ujian dan cubaan pada bulan Ramadhan?

Ada yang bergembira dan tidak kurang juga yang mengeluh dengan kedatangan bulan Ramadhan ini.Namun perlulah kita ingatkan bahawa pada bulan Ramadhan ini terdapat pelbagai keutamaan yang Allah sediakan keatas hamba-hambanya yang mentaati perintahnya untuk berpuasa..Didalam bulan Ramadhan Allah telah menjanjikan akan membalas setiap kebaikan hambanya dengann 10 kali ganda pahala berbanding pada bulan-bulan yang lain.Selain itu Allah memuji-muji hambanya yang berpuasa semata-mata untuk Dia dengan mengatakan bahawa bau mulut-mulut hamba-Nya yang berpuasa sama dengan bau minyak Kasturi.[2]

Antara keistimewaan lain pada bulan Ramadhan adalah:

  1. Pada bulan Ramadhan diturunkan Al-Qur'an sebagai petunjuk bagi umat manusia dan berisi keterangan-keterangan tentang petunjuk dan pembeza antara yang haq dan yang bathil.
  1. Pada bulan ini disunatkan shalat tarawih, yakni shalat malam pada bulan Ramadhan, untuk mengikuti jejak Rasulullah, para sahabat dan Khulafaur Rasyidin.Ini berdasarkan Sabda Nabi SAW:

"Barangsiapa mendirikan shalat malam Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala (dari Allah) niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." [3]

  1. Pada bulan ini terdapat Lailatul Qadar (malam mulia), iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, atau sama dengan 83 tahun 4 bulan. Malam di mana pintu-pintu langit dibukakan, do'a dikabulkan, dan segala takdir yang terjadi pada tahun itu ditentukan.Berdasarkan Sabda Nabi SAW:

“Barangsiapa mendirikan shalat pada Lailatul Qadar kerana iman dan mengharap pahala, dari Allah niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu."[4]

  1. Pada bulan ini pintu-pintu Syurga dibuka, pintu-pintu Neraka ditutup dan para syaitan diikat.[5]

Disamping mengejar keutamaan-keutamaan tersebut,kita juga perlu menjaga beberapa perkara agar puasa kita tidak terbatal dengan sia-sia.Antara perkara yang telah jelas di dalam Quran adalah tidak boleh bersetubuh di siang hari,makan dan minum dari terbit sehingga terbenamnya matahari[6].Selain daripada 3 perkara tersebut para Ulama telah meluaskan perbahasannya kepada beberapa lagi perkara yang dapat membatalkan puasa,antaranya:

  1. Mengeluarkan mani dalam keadaan terjaga kerana onani, bersentuhan, ciuman atau sebab lainnya dengan sengaja. Adapun keluar mani kerana mimpi tidak membatalkan puasa kerana keluarya tanpa sengaja.
  2. Keluarya darah haid dan nifas. Apabila seorang wanita mendapati darah haid, atau nifas batallah puasanya, baik pada pagi hari atau petang hari sebelum terbenam matahari.[7]
  3. Sengaja muntah.[8]
  4. Murtad dari Islam (semoga Allah melindungi kita darinya,perbuatan ini menghapuskan segala amal kebaikan ).Ini berdasarkan Firman Allah :

“Seandainya mereka mempersekutukan Allah(murtad), niscaya lenyaplah dari mereka amalan yang telah mereka kerjakan.”[9]

Akhir sekali penulis memetik kata-kata Syeikh Abdul Aziz Bin Baaz(mantan Mufti Arab Saudi) :

Di dalam bulan puasa seorang Islam dilatih mengawal diri daripada berlebih-lebihan, seperti mengawal diri daripada keinginan memuaskan syahwat (di siang hari). Mengawal diri jugamemiliki banyak faedah baik dari aspek kesihatan maupun ke arah kerohanian. Di antara faedahnya adalah seorang Muslim akan merasai kelaparan yang dilalui oleh seorang Muslim lain yang tidak memiliki makan atau minum yang mencukupi sebagaimana yang dihadapi oleh saudara-saudara kita di Afrika.

WaAllah Alam..

No comments:

Post a Comment