Tuesday, November 29, 2011

Wanita ini ditahan kerana membuat panggilan palsu sebanyak 7,177 kali

Polis Jepun menahan seorang wanita selepas didakwa membuat lebih 7,000 panggilan kecemasan berikutan seorang pegawai tidak mencatatkan aduannya dengan serius, kata seorang jurucakap polis semalam.

Wanita berusia 38 tahun itu ditahan kelmarin atas beberapa tuduhan menghalang tugas polis, kata seorang jurucakap polis di barat Osaka, Jepun.

Dia membuat 7,177 panggilan telefon pada waktu malam atau siang antara 14 September dan 13 Oktober tahun ini dan panggilan pertama pada 2005 menyatakan dia dilanggar oleh seorang lelaki.

[18+] SAMUN, LONDEH




GOMBAK: Bukan sahaja disamun malah seorang wanita nyaris dicabul dua lelaki yang menarik seluarnya hingga hampir terlondeh namun berjaya diselamatkan teman lelakinya di Batu 17 Rawang, dekat sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, mangsa bersama teman lelakinya kerugian hampir RM1,500 selepas disamun enam lelaki tidak dikenali yang menaiki beberapa motosikal.
Menurut sumber, ketika kejadian, mangsa yang berusia 20-an bersama teman lelakinya baru selesai makan di sebuah restoran sebelum mereka menuju ke tempat letak kereta yang terletak di belakang premis itu.
“Bagaimanapun ketika sedang berjalan tiba-tiba muncul tiga motosikal dinaiki enam lelaki mengepung mereka sebelum seorang daripada mereka merentap beg tangan mangsa hingga menyebabkannya terjatuh.
“Sebaik melihat mangsa terjatuh, suspek terus menuju ke arah mereka berdua sambil mengacukan pisau,” katanya.
Sumber berkata, malah ketika pergelutan itu, dua lelaki terbabit sempat mengambil kesempatan menarik seluar pendek yang dipakai mangsa.
“Teman lelaki mangsa yang melihat kejadian itu tanpa berfikir panjang terus membantu mangsa sambil menepis tangan suspek.
“Namun tindakannya itu menyebabkan mereka marah dan terus memukulnya sebelum beg duit miliknya turut dirampas,” katanya.
Sumber itu berkata, kekecohan yang berlaku itu bagaimanapun disedari orang awam yang terdengar bunyi bising sebelum datang membantu.
“Panik melihat kehadiran orang ramai, semua suspek terus melarikan diri,” katanya.
Mangsa dan teman lelakinya bernasib baik apabila tidak sempat diapa-apakan namun trauma dengan kejadian itu.
Mereka turut membuat laporan di Balai Polis Rawang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Thursday, November 24, 2011

Sahabat...

Sahabat adalah seseorg yg boleh bersama kita tatkala susah dan senang tanpa mempedulikan balasan...Sahabat boleh terdiri daripada suami kita sendiri, rakan2 sepejabat atau rakan2 sekolah...ada juga manusia yg menjadi sahabat hanya semasa senang tapi ditinggalkan bila kita susah..ada juga manusia yg menjadi sahabat dgn menghubungi rakan2 lain hanya kerana inginkan sesuatu atau meminta tolong...

ako mengaku ako jenis yg susah nak menghubungi org len kalo xde hal tetapi tetap akan mengingati kawan x kira senang ataupun susah..bila ako susah, masa itulah ako dapat tahu siapakah sahabat dan bukan...bila ako senang, ako boleh tolong kawan, ako akan tolong...boleh dikatakan ako ada membantu beberapa kawan dlm beberapa hal tetapi bila time ako susah, semuanya menyepi dgn pelbagai alasan..dimanakah silap ako???

memang benar kata org..sahabat bergelak ketawa mmg ramai tetapi sahabat menangis mmg susah..dalam situasi ako, kawan akan mencari bila diaorg susah tapi bila senang sunyi sepi..ako x kisah, lantak ngan korang lah...janji ako buat pahala dengan membantu sahabat2 ako..bukannya nak suh sampai cium2 mulut pon...bila membantu org len, pintu rezki kita akan terbuka..yer tak?

salam sayang dr ako buat semua sahabat2 tak kira yg baik atau tidak...peace no war!! :P

GEMPAR - HEBAT ! PENJARA MEWAH UMPAMA HOTEL 5 BINTANG

Iyo ko nihhhh??? den masok xmo kuor dah...kekekeke!!


Lepas korang tengok penjara ini, mesti ada yang nak masuk penjara sini.. hehe..tak macam penjara pun..macam hotel 5 star je ni..di Austria













KEJAM!!! Anak Anjing Dibakar Hidup2!!

Bongok ke hapa???











MULUT FIRAUN DI SUMBAT MALAIKAT SEBELUM TENGGELAM

Dari Sa’id bin Jubeir dari Ibnu ‘Abbas radhiya’l-lahu ‘anhuma meriwayatkan: “dua orang Sahabat menghadap Rasulullah (menanyakan tentang Fir’aun). Sabda Nabi s.a.w: “Malaikat Jibril menyumbat mulut Fir’aun dengan pasir, khuatir kalau-kalau akan mengucapkan: la ‘ilaha illa’l-lah”[1]




Hadits di atas umumnya dapat kita temui pada perbahasan ayat tenggelamnya Fir’aun, surah Yunus ayat 90, di mana Allah berfirman: “Dan Kami memungkinkan Bani Israil melintasi laut, lalu mereka diikuti oleh Fir’aun dan bala tentaranya, kerana hendak menganiaya dan menindas (mereka); hingga bila Fir’aun itu telah hampir tenggelam berkatalah dia: Saya percaya bahawa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan saya termasuk orang-orang yang berserah diri (kepada Allah).” (Qs. 10:90) 

.
Pada detik-detik naza‘nya, malaikat Jibril melihat gelagat Fir’aun akan mempergunakan kesempatan dalam kesempitan. Allah Ta’ala memerintahkan malaikat Jibril untuk mengambil nyawa Fir’aun dengan cara menyumbat mulutnya dengan pasir, supaya tidak boleh mengucapkan keimanan dan pertaubatannya. Akhirnya Fir’aun mati dengan mulut disumbat dan jauh dari rahmat Allah s.w.t.(Tafsir Al-Kasyaf, 21 202). Kerana iman dan taubat pada pada masa ini, tiada guna sama sekali.
Mengutip Tafsir Syeikh Sa’di, ada dua keadaan di mana iman tidak berguna pada masa itu iaitu beriman di hujung sakaratul maut dan beriman menjelang hari Qiamat, sesuai firman Allah dalam surah Al-Mu’min:85.

Fir’aun mati di Laut Merah atau laut Qalzum atau sebelumnya popular dengan nama FAM AL-HAIRUTS, dekat terusan Suez, pada tanggal 10 Muharram dan kerana itulah ada syari’at shaum ‘Asyura, setelah sebelumnya menyatakan taubat dan yakin akan Tuhan Allah s.w.t. Dan inilah taubat yang tertolak (Qs. 10:90)

Fir’aun kafir sejak bayi


Di antara perkara yang aneh dalam din Fir’aun adalah fitrah kejadiannya. Umum-nya bayi diciptakan oleh Allah dalam keadaan fitrah, tapi nampaknya hadits ini dikecualikan terhadap bayi Fir’aun. Kerana sejak bayi sudah kafir di dalam perut ibunya.

Bunyi hadits “wa khalaqa fir’aun fi bathni ummihi kafiran,” dan Fir’aun dijadikan (oleh Allah) dalam perut ibunya dalam keadaan kafir. (HR. Ibnu ‘Adi dalam Al-Kamil dan Imam Thabarani dalam Al-Ausath). Semasa menyampaikan hadits ini Rasulullah s.aw sedang berkhutbah di hadapan para sahabat pada petang hari.

Ahli sejarah terpecah dua; ada yang mengatakan Fir’aun itu nama orang (ismul ‘ajam), yang lain dan terbanyak mengatakan Fir’aun itu gelaran bagi raja yang lupa daratan. Tapi yang jelas, nama ini pertama kali dipakai oleh Walid bin Mush’ab bin Rayyan, keturunan Lois bin Sam bin Nuh.

Fir’aun Di Zaman Nabi Musa naik takhta pada 1311 SM adalah firaun yang Allah di binasakan bersama 700.000 pasukannya di Laut Merah, mayatnya Allah selamatkan, pada waktu syuruq (matahari terbit), menurut Tafsir Muqatil (Qs. 10:90).

Lalu siapa Firaun Tutankhamun yang sering dikatakan sebagai Firaun yang Tenggelam di Laut Merah?

Mayatnya diawetkan dengan pembalseman dalam bentuk mumi yang kini disimpan di museum Mesir di Kaherah dengan berbagai macam hikmah sejarah. Mumi ini ditemui pertama kali oleh ahli kaji purba Perancis, Loret, di Wadi al-Muluk (lembah raja-raja) Thaba Luxor Mesir pada tahun 1896 M. Pembalutnya dibuka oleh Eliot Smith, seorang ahli kaji purba Inggeris pada 8 Julai 1907.

Satu gelaran yang mengarah pada penghormatan. Pada masa inilah gelaran boleh makan tuan. Gelaran menyeret pemiliknya pada kesombongan, sehingga boleh lupa daratan. Fitnah ghuluw (penghormatan, fanatik) muncul dari pemujaan gelaran yang melewati batasan.

Perhatikanlah pesanan indah dari Imam as-Syafi’i rahimahullah berikut ini: Berkata Imam as-Syafi’i: “aku benci orang yang terlalu mengagungkan makhluk, hingga menjadikan kuburnya (di/sebagai) masjid. Aku khuatir terjadi fitnah atasnya dan fitnah atas orang sesudahnya.”

[1]Shahih, HR. Turmudzi [3107]; Ahmad [2145], at-Thabari [11/163]; Ibnu Hibban [6215]; Nasa’i [6/363]. Dishahihkan oleh Syeikh Albani dalam as-Shahihah [2015] dan Shahih Sunan Turmudzi [2484]. Dishahihkan juga oleh Syeikh Syu’aib Arnouth, Tahqiq Shahih Ibnu Hibban [14/98]


Read more: http://khalifahalhidayah.blogspot.com/2011/09/mulut-firaun-di-sumbat-malaikat-sebelum.html#ixzz1eax7qOYo

Bayi 19 bulan Mati Dikisar Mesin Rumput

Seorang bayi terbunuh dalam kemalangan ngeri apabila dia dikisar mesin pemotong rumput dipandu neneknya, semalam.
Pegawai bomba Titusville, Scott Gaenicke, berkata bayi lelaki berusia 19 bulan itu mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.
Katanya, mangsa terperangkap di bawah mesin pemotong rumput itu dan parah terkena bilah pisau yang berputar.
Dia diletakkan dalam trailer sambil ditarik mesin pemotong rumput itu, tetapi tiba-tiba mangsa terjatuh dan dirempuh alat berkenaan, katanya.
Polis kemudian merampas mesin rumput dan trailer yang ditarik mesin berkenaan untuk membolehkan siasatan dijalankan.