disini ako nak berkongsi kesedihan seorang kawan yg baru sahaja berkahwin tetapi sudah susah hidupnya yg membuatkan ako rasa bersyukur dengan apa yg ako ada sekarang. Suami yang penyayang w/pun kekdg menyakitkan hati jugak dan keluarga yg membantu w/pun hubungan tidaklah terlalu rapat..ako boleh katakan kawanku itu sebagai si A dan suaminya sebagai si B...
si A suatu masa dahulu pernah bercinta dengan si B dr zaman sekolah..hubungan mereka on and off dan ada psg surut. jadi tak kisah lah bila hubungan mereka putus, masing2 telah mempunyai teman baru...si B disekolah mmg terdiri dr golongan atau kumpulan bebudak lelaki yg nakal...kaki lepak, kacau perempuan dan mcm2 lg...kita tinggalkan yg lama dan sejarah itu dan berbalik pd kisah sekarang..tak silap ako mereka sekarang nie telah pon berkahwin hampir setahun...dan dalam setahun inilah si A hidup dengan penuh ketakutan dan tension...
dr mula berkahwin si B telah mula tunjuk belang...kerana mereka nie berjauhan, si A diselatan dan si B diutara..si A selalu sahaja menghubungi si B kerana sbg isteri tentulah timbul kerinduan dihatinya tatkala si B jauh disana..tetapi sayangnya si B melayannya endah x endah seperti si A ini tidak membawa apa2 erti didalam hidupnya...si B juga pd masa yg sama berhubungan dengan ramai perempuan lain dgn pengetahuan si A. si A telah cuba untuk menasihati si B supaya meninggalkan semua kelakuan buruk dan menjalani kehidupan mereka dengan buku baru..tetapi sayangnya si B menuduh si A yg memulakan dulu sedangkan si A telah lama meninggalkan dunia lamanya dengan harapan untuk menjadi seorg isteri yg baik terhadap si B...si B juga sanggup mengatakan jatuh talak jika si A menghubungi bekas kawan lelakinya yg actually seorang photographer yg mengambil gambar perkahwinan diaorg...jd sampai ke sudah gambar kawen pon xde...album pun xde..yg ada hanyalah gambar yg sempat diambil sebelum itu ataupun dr camera sendiri....
setelah itu si B langsung x amik kisah psl si A...makan minum si A langsung tak ambil peduli...boleh dikatakan tanggungjawab pd si A langsung tak dijalankan kecuali s**...itu lelaki mana boleh tinggal kan?? si A pulak terpaksa bertahan dengan segalanya...menangis tue usah diucap...boleh dikatakan hari2 dalam tangisan...
nak dijadikan cerita baru2 nie dia disahkan mengandung sebulan lbh...si B seperti biasa hanya buat bodo..baru2 nie terjadi pendarahan tetapi si B boleh salahkan si A di atas segalanya..padahal pendarahan mungkin disebabkan hubungan s** yg dia buat ataupun kerana si A terpaksa berjalan jauh dr tempat si B ke kampungnya...tekanan juga boleh menyebabkan pendarahan...ako pon sebenarnya hairan diatas kelakuan samada si B samada dia betul2 sayang pd si A dan anak dlm kandungan ataupun tidak.
sekarang si A terlantar dihospital disebabkan pendarahan yg masih tidak berhenti dan berkemungkinan besar akan gugur.....akhirnya mimpi ngeri tue dtg jugak kerana janin yg dikandung beberapa minggu telah sampai ajalnya..sedih pon tidak berguna..benda pon dah lepas..yg boleh cumalah bersabar, bersabar, bersabar dan terus bersabar..
No comments:
Post a Comment